HASHTAG RASMI

HASHTAG RASMI

27 Jul 2016

Permuafakatan Tahun 6 dan Dialog Prestasi Pra UPSR

Majlis Permuafakatan Tahun 6 dan juga Dialog Prestasi Pra UPSR telah diadakan pada 23 Julai 2016 yang lepas. Program ini bertujuan untuk berkongsi antara guru dan ibu bapa tentang prestasi semasa murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Selain itu juga, perbincangan antara guru dan ibu bapa juga telah dibuat bagi memastikan pencapaian murid terus meningkat seterusnya bersedia untuk menduduki peperiksaan UPSR. Warga Skkp mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan ibu bapa untuk hadir dalam majlis tersebut dan tidak lupa juga kepada semua guru dan murid yang terlibat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan