Sejarah Sekolah Kampong Pasir

Pada tahun 1960, Sekolah Umum Perempuan Kampong Pasir telah ditukar nama sekali lagi kepada Sekolah Kebangsaan Perempuan
Kampong Pasir. Murid-murid hanya terdiri daripada pelajar-pelajar perempuan sahaja. Pada 1 Jun 1961, sekolah ini telah diambil alih Kementerian Pelajaran sebagai sebuah sekolah kerajaan bantuan penuh. Pada Januari 1963, bangunan tambahan yang mengandungi sebanyak 5 buah bilik darjah dan sebuah kantin telah dirikan dan telah dirasmikan oleh Y.B Tuan Haji Abdul Hamid Khan, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu. Pada tahun 1976, sebuah blok bangunan dua tingkat telah dirikan dengan sebuah klinik pergigian dan telah dirasmikan oleh Y.B Dato’ Mohamad bin Haji Rahmat,Menteri Penerangan Malaysia pada 10 April 1982.


Logo Sekolah
Berwarna biru tua dan putih. Di atas lencana tertera motto " USAHA JAYA". Ungkapan tersebut membawa pengertian besar iaitu mengharapkan setiap murid yang belajar di sekolah ini berusaha dan tekun, baik dalm bidang kurikukulum mahu pun kokurikulum dan sahsiah.
Di sebalik usaha ini, diharapkan murid mencapai kejayaan yang cemerlang dalam semua bidang yang mereka ceburi. Tegasnya ungkapan tersebut bermaksud:
"Berusaha Ke Arah Kecemerlangan"
Makna Pada Logo
1) Lambang bentuk perisai
|
Lagu Sekolah
Sekolah Kebangsaan Kampong PasirDi sini kami menimba ilmu,
Guru-guru berusaha,
Mengajar kami berjaya
Korus:
Sekolahku yang tercinta,
Kami berikrar akan menjadi,
Warganegara yang berjasa,
Kepada nusa dan bangsa,
Sukan, budaya dan seni,
Disinilah kami pelajari,
Kejayaan dikecapi,
Berkat di dunia akhirat nanti,
Korus:
Sekolahku yang tercinta,
Kami berikrar akan menjadi,
Warganegarayang berjasa,
Kepada nusa dan bangsa.
Senarai Guru Besar
Nama Guru Besar
|
Tahun Berkhidmat
|
Fudin Bin Hashim 2002 - 2004
Mohamad Samudin Bin Johari 2004 - 2006
Normah Binti Abd Kadir 2006 - 2009
Kamaruddin Bin Hj Othman 2009 - 2013
Rafidah Binti Mohd Yussup 2013 - 2021