HASHTAG RASMI

HASHTAG RASMI

Kata-Kata Aluan

KATA-KATA ALUAN GURU BESAR SK KAMPONG PASIR 


Assalamualaikum Warahmahtullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Transformasi Sekolah 2025 dan Salam Pemuafakatan SKKP.

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurniaNya memberi saya peluang menyampaikan sepatah dua kata dalam Manual Pengurusan Sekolah bagi tahun 2022. Saya mengucapkan ‘Selamat menjalankan tugas bagi sesi 2022 kepada semua guru SK Kampong Pasir yang saya sayangi’. Kesediaan dan kemahiran guru adalah faktor utama dan terpenting untuk memastikan kejayaan sekolah dan pembelajaran Abad ke-21.Ia boleh dilaksanakan dengan memperkukuhkan hubungan dan pendekatan, inisiatif tersendiri, menggunakan segala sumber dan kemudahan sedia ada, memantau, menganalisis pengajaran dan pembelajaran untuk menyokong dan memahami kepimpinan sekolah yang merencanakan perubahan pendidikan.

Guru berkualiti mampu menjadi role model untuk membentuk generasi yang berilmu, inovatif, berdaya saing, berketerampilan,berakhlak mulia, cekal menghadapi cabaran serta semangat cintakan negara, iaitu aset yang sangat bernilai yang mampu menjulang negara ini ke arah kecemerlangan. Saya berharap guru-guru dapat menghayati visi,  misi dan hala tuju sekolah dalam merealisasikan kecemerlangan SK Kampong Pasir dalam semua bidang sama ada Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum dan Pengurusan.

Akhir kata, saya berharap para pendidik dapat bersikap proaktif dan dapat mengamalkan budaya kerja cemerlang yang menjadi pegangan para pendidik selama ini. Terima kasih.

“Guru Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak”

“Transformasi Sekolah Pemangkin Revolusi”

Saya yang menjalankan amanah,

(NOORAISHAH BINTI OTHMAN)

Guru Besar 
SK Kampong Pasir 
Johor Bahru