HASHTAG RASMI

HASHTAG RASMI

26 Jul 2016

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dan Rumah Terbuka SKKP 2016


SKKP telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Rumah Terbuka pada 21 Julai 2016. Sambutan yang diadakan sangat meriah dengan kerjasama semua guru dan murid. Antara pengisian program sambutan ialah jamuan makan rumah terbuka SKKP, pertandingan anyaman ketupat bagi guru-guru dan juga pemberian duit raya kepada guru dan murid. Selain itu juga, guru-guru berpeluang menyertai Pertandingan Karok Raya. Suasana pada hari itu sungguh meriah dengan pelbagai juadah makanan yang telah disediakan. Guru Besar dan beberapa orang guru juga telah mengadakan Majlis Marhabban ke semua kelas bagi murid-murid sesi petang. Apa yang menariknya pada hari tersebut, pihak Utusan Malaysia Berhad telah berkunjung ke SKKP untuk melihat dan meraikan suasana majlis sambutan Hari Raya. Mereka juga telah bersetuju untuk memuatkan berita sambutan majlis tersebut dalam akhbar Utusan  Malaysia. Warga Skkp mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan murid serta tidak lupa juga kepada pihak Utusan Malaysia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan