HASHTAG RASMI

HASHTAG RASMI

27 Jul 2016

Hari Temu Mesra Ibubapa Dan Guru

Pada 23 Julai 2016 juga telah berlangsungnya program Hari Temu Mesra Murid Thp 1 & 2. Program ini adalah perjumpaan antara guru kelas bersama dengan ibu bapa dan murid. Semasa pertemuan, guru dan ibu bapa berpeluang untuk pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh murid samada di sekolah ataupun di rumah. Ibu bapa dan guru juga boleh berkongsi maklumat dan idea untuk memastikan pencapaian murid terus meningkat bukan sahaja dalam pembelajaran tetapi juga sahsiah diri. Komunikasi antara ibu bapa dan guru juga boleh menjamin pencapaian murid terus meningkat. Warga Skkp mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang terlibat dalam program ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan