HASHTAG RASMI

HASHTAG RASMI

27 Jul 2016

Hari Usahawan Muda

Program Hari Usahawan Muda juga telah berjalan pada 23 Julai 2016. Semua guru telah diagihkan tugas masing-masing sebagai peniaga gerai. Terdapat pelbagai jenis gerai yang berbeza antaranya gerai nasi, gerai mee, gerai buah, gerai air dan pelbagai lagi. Terdapat juga gerai-gerai yang diberi sewa tapaknya kepada peniaga-peniaga luar. Kemeriahan program tersebut dapat dilihat apabila ramai guru, ibu bapa dan murid beratur untuk membeli pelbagai makanan yang diidamkan. Selain itu, terdapat juga aktiviti karaoke dan tayangan mini ketika program tersebut. Walaupun kepenatan dalam melayan pelanggan, senyuman masih terpancar di wajah guru-guru. Warga Skkp mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan