HASHTAG RASMI

HASHTAG RASMI

7 Nov 2016

Program Pasca UPSR Panitia Pendidikan Seni 2016

Satu program Pasca UPSR anjuran Panitia Pendidikan Seni telah dijalankan di SKKP bagu murid-murid tahun 6. Program tersebut telah berjalan selama dua hari iaitu 27 dan 28 September 2016. Murid-murid yang terlibat dikehendaki untuk menghasilkan satu lukisan pada dinding yang juga dipanggil DOODLES. Tujuan program ialah untuk mencungkil bakat murid dalam seni lukisan dan juga memberi pengalaman kepada murid dalam aktiviti seni. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mewujudkan kerjasama yang tinggi dalam diri murid. Warga SKKP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat dalam program ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan