HASHTAG RASMI

HASHTAG RASMI

7 Nov 2016

Program Bersama Carrie Junior 2016

Pada 28 September 2016, pasukan Carrie Junior telah mengadakan satu program kebersihan diri dnegan menggunakan produk Carrie Junior. Ceramah telah diberikan kepada murid-murid SKKP dengan menerapkan tentang langkah-langkah menjaga kebersihan serta menerangkan tentang pentingnya untuk setiap individu menjaga kebersihan diri. Murid juga telah diajarkan lagu cara membersihkan diri dengan iringan muzik dan dibantu oleh pengajur. Murid sangat gembira dan semangat menyanyikan lagu serta membuat pergerakan yang ditunjukkan. Carrie Junior telah menghadiahkan kepada setiap seorang murid penanda buku dan juga produk Carrie Junior iaitu sabun. Warga SKKP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan