HASHTAG RASMI

HASHTAG RASMI

24 Jan 2017

Latihan Kebakaran Unit Hem SKKP 2016

Pada 20 November 2016, satu latihan kebakaran telah diadakan di SKKP anjuran Unit Keselamatan Hem. Program tersebut diadakan setiap tahun bertujuan untuk menyediakan murid ke arah langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran di sekolah. Program tersebut juga melatih murid dalam menghadapi situasi kecemasan dan memberi pengetahuan kepada murid tentang pelan kebakaran yang telah direka khas oleh Unit Keselamatan. Warga SKKP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat dalam menjayakan latihan kebakaran tersebut.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan