HASHTAG RASMI

HASHTAG RASMI

19 Jan 2017

Kejohanan Sukan Tahunan SKKP bagi Tahun 2017

Setiap tahun akan diadakan kejohanan sukan peringkat SKKP. Bagi tahun 2016, kejohanan tersebut telah dijalankan pada 12 Oktober 2016 di stadium Educity, Johor. Pada kali ini, tema yang dipilih ialah Karektor Kartun Animasi Malaysia. Dengan beberapa persiapan dari ahli jawatankuasa, kejohanan sukan telah berjalan dengan lancar sekali. Pengarah Urusan STT Management telah diberi mandat untuk merasmikan kejohanan sukan SKKP pada kali ini. Acara dijalankan dengan perarakan serta perbarisan bagi setiap rumah sukan. Mereka akan mempersembahkan perbarisan serta persembahan formasi dalam perbarisan dengan tema yang ditetapkan. Selepas itu adalah acara yang dijalankan adalah acara balapan murid dan juga guru. Warga SKKP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan sukan pada tahun ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan