HASHTAG RASMI

HASHTAG RASMI

13 Mei 2022

SAMBUTAN HARI RAYA GURU

 


Sebentar tadi, telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Guru dan Aidilfitri. Dalam perutusan yang disampaikan sebentar tadi, semua murid perlu menghormati guru serta mengenang jasa guru yang mengajar sejajar dengan tuntutan agama & budaya.



Bagi yang telah berkerjaya, mereka masih lagi boleh berbakti dengan menyertai alumni & memberikan sumbangan yang diperlukan pihak sekolah.


Acara dimulakan seperti biasa dengan bacaan doa, perutusan, nyanyian lagu hari guru dan seterusnya acara memotong kek.


Pada segmen kedua, murid & guru bergerak ke kelas bagi Sambutan Hari Raya. Murid juga perlu membersihkan kelas seperti sediakala selepas jamuan.



Pada segmen ketiga pula, acara sukaneka telah berlangsung dengan penuh ceria & menghiburkan. Pada hari ini juga murid dapat melihat guru beraksi & menunjukkan bakat masing-masing. Semua murid kelihatan amat seronok & gembira sepanjang acara sukaneka berlangsung.

Murid tahap 1 pulang pada jam 12.20 tengahari dan tahap 2 pada jam 12.30 tengahari.

JOM BALIK !JOM BALIK RUMAH !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan