HASHTAG RASMI

HASHTAG RASMI

17 Sep 2020

Penutupan Bulan Kemerdekaan



Hari Malaysia yang diraikan setiap 16 September merupakan lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia.
selamat hari Malaysia!
pastinya ucapan Selamat Hari Malaysia sebagai tanda tanda ingatan buat kita yang cintakan tanah air ini.
Munculnya 16 September tanda berakhirlah bulan kemerdekaan.
Walaupun tahun 2020 kita lalui dengan penuh cabaran, namun dengan semangat perpaduan pelbagai bangsa dan budaya di negara ini pastinya akan kita tempuhi bersama-sama #kitajagakita
Semoga negara kita segera bebas merdeka daripada wabak Covid-19 yang melanda negara ini. Amin Ya Rabbal A’lamin.
Kita masih belum menang. kes positif covid19 semakin bergolak kembali mencapai 3 angka terkini kelmarin 61 kes. Kedah & sabah mencatat kes tertinggi dan sekolah telah ditutup.
Pagi tadi radio memberi ingatan kpd semua sekolah di Malaysia agar pertingkatkan kepatuhan SOP bagi menjaga penularan wabak ini yang semakin berleluasa.
Ayuh marilah kita bersama berjuang agar dapat memerdekaan diri keluarga bangsa dan negara dari bahana wabak covid 19 ini.
Saya tidak mampu melakukannya seorang
saya perlukan kerjasama sokongan dan penglibatan semua pihak guru staf pekerja pibg ibubapa dan murid
Tahniah kpd unit HEM dan semua guru yg terlibat dlm menjayakan bulan kemerdekaan 2020 walau dlm keperitan SOP tiada halangan utk kita jayakannya.
Tahniah kpd anak2 yg terlibat dan berjaya dlm pertandingan2 yg dianjurkan oleh panitia2.
Dengarkan bait pantun ini
Perdana Menteri bernama Muhyiddin,
Memacu negara melawan corona;
Tema dipilih Malaysia Prihatin,
Untuk sambutan Hari Malaysia.
Walau di mana kita berada,
Bumi dipijak langit dijunjung;
Malaysia mekar gemilang persada,
Maruah negara tetap disanjung.
Negara Malaysia sudah merdeka,
Terkenal megah di seluruh dunia;
16 September Hari Malaysia,
Bersatulah hati kita semua.
Pelbagai bangsa pelbagai budaya
Hidup bersatu aman sentosa
Ayuh kita rakyat Malaysia,
Bersatu hati jiwa bangsa.
Bersatu hati melawan corona,
Frontliner berjasa untuk negara;
Marilah semua kita berdoa,
Covid-19 berakhir segera
dengan lafaz bismillah
saya menutup rasmi bulan kemerdekaan covid19 2020
Terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan