HASHTAG RASMI

HASHTAG RASMI

5 Feb 2018

Lawatan Guru SKKP Ke Sabah 2017

Pada 25 Oktober 2017, guru SKKP yang terpilih telah mengadakan satu lawatan ke Negeri Sabah. Lawatan ini juga merupakan salah satu program sekolah. Tujuan utama lawatan ini ialah untuk menghargai guru yang telah berpenat lelah dalam mendidik anak-anak SKKP sepanjang tahun. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memberi pengalaman serta ilmu baharu yang berguna kepada guru supaya dapat diadaptasikan dalam pdpc di sekolah nanti. Pelbagai tempat yang menarik telah dikunjungi oleh guru antaranya ialah, Rumah Terbalik Tamparuli, Pasar Nabalu, Kg Luanti Fish Spa, Sabah Tea dan telah bermalam di Kundasang Pine Resort. Warga SKKP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program lawatan ini.

Bertolak ke Sabah


Rumah Terbalik Tamparuli


Pasar Nabalu


Sabah Tea & Kg Luanti Fish Spa

1 ulasan: