HASHTAG RASMI

HASHTAG RASMI

8 Jan 2018

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat SKKP 2017

Pada 13 Ogos 2017, satu pelancaran sempena sempena Bulan Kemerdekaan kali ke 60 telah dilancarkan di peringkat SKKP 2017. Pelancaran dilakukan oleh Pn. Rafidah Binti Mohd Yussup selaku Guru Besar SKKP. Semasa pelancaran dijalankan, Pn. Rafidah telah memberi kata semangat untuk meningkatkan semangat patriotik dikalangan murid SKKP. Beliau juga telah melaungkan perkataan "Merdeka" sebanyak 3 kali diikuti oleh semua guru dan murid. Sempena pelancaran ini, satu pertandingan memperagakan pakaian merdeka telah dijalankan. Murid yang terlibat ialah murid pra sekolah SKKP. Warga SKKP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan tersebut.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan