HASHTAG RASMI

HASHTAG RASMI

24 Jan 2017

Sambutan Majlis Maulidur Rasul 1438H SKKP 2017

Pada 21 Januari 2017, sambutan Majlis Maulidur Rasul telah diadakan di Kampong Pasir dengan anjuran bersama AJK Masjid Tungku Aminah, Sk Pengkalan Rinting dan juga Sk Kampong Pasir. Majlis tersebut telah dimulakan pada pukul 4 petang dengan pendaftaran peserta perarakan. Selepas solat asar berjemaah selesai, peserta-peserta dikumpul dipadang untuk perarakan mengelilingi sekitar Kampong Pasir. Dengan usaha dan kerjasama semua guru, SKKP telah dinobatkan sebagai naib juara dalam pertandingan perarakan tersebut. Pada hari itu, paluan kompang dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W telah bergema di sekitar Kampong Pasir. Selepas selesai perarakan, kami dijamu dengan nasi beriani. Warga SKKP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan