Pada 25 November 2016, guru-guru SKKP telah mengadakan program Hari Keluarga dan juga jamuan makan malam yang telah berlangsung di KSL Hotel. Program tersebut merupakan satu program bagi mengeratkan lagi ukhwah antara guru-guru. Setelah setahun berpenat lelah dalam menjalankan tanggungjawab, guru-guru SKKP telah melepaskan tekanan kerja dengan menyertai pelbagai aktiviti yang dirancang ketika hari keluarga tersebut. Pada malamnya pula, guru dijamu dengan makan yang amat sedap serta dihiburkan dengan persembahan secara live oleh kumpulan Thinking Buskers. Warga SKKP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan