HASHTAG RASMI

HASHTAG RASMI

24 Sep 2016

Tayangan Perdana Ko-Kurikulum Sempena Bulan Kemerdekaan 2016

Pada 17 Ogos 2016, satu tayangan perdana telah dilakukan kepada murid tahap 2 SKKP. Tayangan tersebut merupakan satu program untuk pengisian sempena bulan kemerdekaan. Filem yang ditayangkan adalah Filem Ola Bola yang merupakan satu filem memaparkan semangat patriotik yang tinggi, semangat cintakan negara, semangat perpaduan antara kaum yang begitu rapat. Tujuan filem ini dipilih sebagai tayangan adalah untuk memberi ilmu kepada murid tentang moral yang terdapat dalam filem tersebut. Selepas tayangan berlangsung, murid juga berpeluang untuk menjawab kuiz yang diajukan dan akan mendapat hadiah. Ribuan terima kasih diucapkan kepada warga SKKP yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan