HASHTAG RASMI

HASHTAG RASMI

24 Sep 2016

Majlis Penutupan Sempena Bulan Kemerdekaan SKKP 2016

Pada 21 September 2016, telah berlangsungnya satu Majlis Penutupan Sempena Bulan Kemerdekaan SKKP. Dengan bertemakan pakaian tahun 50an, semua guru telah mengenakan busana-busana seperti kebaya, songket, baju melayu dan sebagainya. Pada hari tersebut, pelbagai persembahan telah diadakan oleh murid-murid SKKP seperti Koir, Lakonan, Deklamasi Sajak, Pertunjukan Baju Jalur Gemilang dan sebagainya. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Guru Besar SKKP iaitu Pn. Rafidah Binti Yussup dengan laungan merdeka sebanyak 7 kali yang menggamitkan kenangan ketika Allahyarham Tunku Abdul Rahman melaungkan merdeka di Stadium Merdeka pada tahun 1957. Warga SKKP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan