HASHTAG RASMI

HASHTAG RASMI

26 Jul 2016

Sambutan Hari Guru Peringkat SKKP 2016

Sambutan hari guru peringkat SKKP telah diadakan pada 16 Mei 2016. Dengan bertemakan "Back to School" semua guru dikehendaki untuk memakai baju sekolah bagi mengingati nostalgia ketika zaman persekolahan dahulu. Sambutan dimulakan dengan semua guru menaiki bas sekolah, berbasikal dan jalan kaki memasuki pagar sekolah. Ydp dan timbalan Ydp PIBG telah bertindak sebagai guru besar dan guru disiplin. Kemudian semua guru diarahkan ke dewan untuk majlis perasmian. Antara aktiviti yang dijalankan ketika sambutan hari guru ialah, permainan kecil seperti galah panjang dan baling selipas, model kertas surat khabar. Setelah selesai aktiviti di sekolah, kami pula berkumpul di Restoran D'Lanun untuk menikmati juadah yang disediakan. Keseronokan dapat dilihat pada wajah semua guru ketika sambutan tersebut. Warga Skkp mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru, PIBG dan juga staff sokongan kerana telah menjayakan sambutan hari guru tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan