HASHTAG RASMI

HASHTAG RASMI

27 Apr 2016

Konvoi Dato' Bandar ke SKKP Untuk Membasmi Pembiakan Nyamuk Aedes



Sejak akhir-akhir ini, masalah yang berkaitan dengan nyamuk aedes dan demam denggi telah membimbangkan banyak pihak terutamanya ibu bapa dan guru. Hal ini kerana demam denggi boleh menyebabkan kematian pada seseorang. Setelah membuat permohonan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membuat satu semburan membasmi dan membunuh nyamuk, akhrinya pihak KKM telah menghantar anggotanya untuk membuat satu semburan (fogging) untuk membunuh nyamuk aedes di Sk Kampong Pasir pada 21 April 2016 iaitu hari khamis yang lepas. Pihak Skkp mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia atas tindakan yang telah disegerakan bagi memastikan keselamatan warga Skkp terus terjamin Pada 23 April 2016 pula, Dato' Bandar telah mengunjungi SKKP bersama-sama ahli Konvoinya untuk membasmi dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di sekitar kawasan SKKP. Warga SKKP mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan dan keprihatinan Dato' Bandar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan