HASHTAG RASMI

HASHTAG RASMI

22 Mei 2017

Pintar Action Song Programme 2016/2017 National Level

Pada 18 Mac 2017, SKKP telah menjadi wakil bagi negeri Johor untuk menyertai pertandingan Action Song peringkat kebangsaan. Pertandingan tersebut telah dijalankan di Rumah PUSPANITA, Jalan Hose Kuala Lumpur. Setelah hampir dua bulan menjalani latihan, murid SKKP berjaya meraih tempat ke 5 dalam pertandingan tersebut dan telah menerima hadiah saguhati sebanyak RM500. Warga SKKP mengucapkan tahniah kepada murid yang berjaya dan ribuan terima kasih kepada semua guru yang bertungkus lumus dalam mencurahkan bakti bagi menyertai pertandingan tersebut.


Majlis Pentauliahan Guru Unit Beruniform 2017

Pada 12 Mac 2017 telah berlangsungnya satu majlis untuk Pentauliahan Guru Unit Beruniform 2017. Guru yang telah dilantik untuk mewakili badan beruniform akan menerima sijil pentauliahan daripada sekolah. Majlis berlangsung dengan penuh protokol dan adat istiadat dalam unit beruniform. Tahniah kepada semua guru yang terlibat. Warga SKKP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.


21 Mei 2017

Pertandingan MTQ Peringkat Zon Bandar 2017

Pada 11 Mac 2017 juga telah berlangsungnya satu pertandingan MTQ bagi zon Bandar untuk tahun 2017. Antara pertandingan yang disertai murid SKKP ialah Pertandingan Nasyid, Pertandingan Bercerita, Pertandingan Hafazan dan juga Pertandingan Tilawah Alquran. Dengan usaha guru dan murid SKKP berjaya meraih naib johan dalam pertandingan bercerita kategori lelaki dan juga tempat ketiga bagi pertandingan nasyid. Warga SKKP mengucapkan tahniah kepada murid yang berjaya mengharumkan nama sekolah.



Mesyuarat Agung PIBG Ke 43 & Majlis Anugerah Cemerlang Bagi Tahun 2016

Pada 11 Mac 2017, Mesyuarat Agung PIBG kali ke 43 dan juga Majlis Anugerah Cemerlang bagi tahun 2016 telah berjaya diadakan. Penglibatan ibu bapa dalam mesyuarat kali ini amat memberangsangkan. Majlis bermula seawal 7.30 pagi dengan pendaftaran ibu bapa. Warga SKKP mengucapkan ribuant terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.



Penerimaan dan Penyerahan Peranti YES Altitude

Pada 09 Mac 2017, SKKP telah menerima peranti telefon pintar YES Altitude berserta Plan 4GB data percuma untuk setiap bulan. Penyerahan peranti ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada guru dalam melaksanakan tugas secara dalam talian dan meningkatkan pembelajran di alam maya bagi zaman teknologi ini. Warga SKKP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.



Ceramah & Pameran Anti Dadah 2017

Pada 08 Mac 2017 juga telah berlangsungnya satu pogram iaitu Ceramah dan Pameran Anti Dadah 2017 sempena bulan anti dadah yang telah dilancarkan baru-baru ini. Warga SKKP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.


Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2017

Pada 08 Mac 2017, Program Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan bagi tahun 2017 telah berjaya diadakan. Penyerahan bantuan ini bertujuan untuk membantu murid yang kurang berkemampuan untuk membeli peralatan sekolah. Warga SKKP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program ini.


Majlis Pelancaran Bulan Anti Dadah Peringkat SKKP 2017

Pada 05 Mac 2017, Majlis Pelancaran Bulan Anti Dadah Peringkat SKKP 2017 telah dijalankan. Program ini telah diuruskan oleh Ahli Jawatankuasa Unit Hem. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid tentang bahaya dan kesan sampingan terhadap penyalahgunaan dadah. Program ini juga telah diisi dengan pertandingan mewarna bagi murid tahap satu dan juga pertandingan koir Lagu Dadah Durjana mengikut kelas bagi murid tahap 1. Warga SKKP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.





Bengkel Pendidikan Abad Ke 21 (PAK21) Fasa 2

Pada 04 Mac 2017, Bengkel Pendidikan Abad Ke 21 fasa 2 telah berjalan dengan lancar. Bengkel ini bertujuan untuk memperkasakan guru SKKP ke arah Pendidikan Abad Ke 21 bagi pengajaran dan pemudahcaraan (Pdpc). Penglibatan guru sangat memuaskan, dan bengkel tersebut telah memberi kesedaran kepada guru bahawa untuk melaksanakan Pdpc Abad ke 21 adalah sangat mudah jika mengaplikasikan teknik yang betul. Warga SKKP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan bengkel tersebut.



Pelancaran Kempen Membaca & Nadi Amalan Ilmu Membaca (NILAM) 2017

Pada 26 Februari 2017, pelancaran bagi Kempen Membaca dan Program Nilam telah dijalankan. Program tersebut telah dirasmikan oleh Guru Besar SKKP iaitu Pn. Rafidah Binti Mohd Yussup. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran membaca dalam kalangan murid-murid. Antara rencana yang terdapat dalam program ini ialah, pengenalan bukur rekod nilam versi baru, peminjaman buku di PSS SKKP, dan slot inspirasi bersama 'Blink' dan Maskot Robot Super Blink 'Transfamous'. Warga SKKP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.


Kem Kecemerlangan Jawi Fasa 1 2017

Pada 25 Februari 2017, Kem Kecemerlangan Jawi telah diadakan di SKKP. Kem ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam menulis dan membaca jawi. Kem ini telah diuruskan oleh guru-guru J-Qaf. Warga SKKP mengucpkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kem ini.



Program Guru Penyayang SKKP 2017

Pada 20 Februari 2017, satu program telah dilancarkan di SKKP iaitu Program Guru Penyayang SKKP 2017. Antara aktiviti yang terdapat dalam program ini adalah seperti sambutan hari lahir bagi guru, murid dan staff sekolah, menyambut kedatangan murid ke sekolah dan juga program cakna sentuhan emas. Diharap program seperti ini dapat meningkatkan perasaan kasih sayang antara guru dan murid dan juga perasaan hormat menghormati antara satu sama lain. Warga SKKP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.


20 Mei 2017

Majlis Permuafakatan Ibubapa Tahun 6 & Penetapan Target UPSR 2017

Pada 19 Februari 2017, Majlis Permuafakatan Ibubapa Tahun 6 & Penetapan Targert UPSR 2017 telah dijalankan di SKKP. Majlis tersebut bertujuan untuk mengeratkan lagi kerjasama antara guru dan ibu bapa dalam merencanakan kejayaan anak-anak SKKP dalam peperiksaan UPSR untuk tahun 2017 nanti. Penglibatan ibu bapa dalam majlis tersebut amat memberangsangkan. Warga SKKP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Diharap anak-anak SKKP berjaya dalam menempuh peperiksaan UPSR pada tahun ini dengan cermerlang.


Majlis Perlantikan Pemimpin Muda SKKP 2017

Pada 25 Januari 2017 telah berlangsungnya Majlis Perlantikan Pemimpin Muda SKKP 2017. Ketua Balai Polis Tampoi iaitu Tuan ASP Osthman Bin Mantaha telah dijemput bagi merasmikan majlis tersebut. Antara badan pemimpin muda yang diberi jawatan ialah Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Kelas, Pengawas ICT, Doktor Muda dan Daie Cilik. Semoga perlantikan ini membolehkan para pemimpin muda menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan lebih baik dalam membimbing rakan-rakan yang lain. Warga SKKP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.