HASHTAG RASMI

HASHTAG RASMI

22 Ogo 2016

Perhimpunan Bulanan Uniform Dan Anugerah Segak SKKP

Pada 14 Ogos 2016 juga telah berlangsungnya satu perhimpunan bulanan uniform bagi bulan Ogos. Semua guru dan murid diwajibkan untuk memakai uniform lengkap. Pada hari tersebut juga telah beberapa orang guru dan murid telah menerima Anugerah Segak bagi pemakaian uniform yang lengkap dan kemas. Penyampaian anugerah telah dilakukan oleh Guru Besar SKKP iaitu Pn. Rafidah Binti Mohd Yussup. Warga SKKP mengucapkan tahniah kepada semua guru dan murid yang telah menerima anugerah tersebut.



21 Ogo 2016

Pelancaran Program "The Barber" Oleh PIBG SKKP

Pada 14 Ogos 2016 yang lepas, satu rogram telah berjaya dilancarkan iaitu program "The Barber" oleh PIBG SKKP. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menyelesaikan masalah rambut panjang dikalangan murid-murid. Program ini juga membolehkan murid-murid yang ingin memotong rambut dengan harga murah dan berpatutan daripada kedai-kedai gunting diluar. Setiap bayaran akan disalurkan kepada tabung PIBG SKKP. Program ini yang bertemakan 'To Cut & Look Smart' adalah dikendalikan oleh Cikgu En. Mohd Sabri yang bertugas sebagai tukang gunting. Warga SKKP mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.


Karnival Sejarah Sekolah - Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Bahru

Pada 13 Ogos 2016, satu Karnival Sejarah Sekolah - Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Bahru telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari. Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah diadakan di karnival tersebut. Murid Skkp yang telah menyertai karnival tersebut telah mendapat Naib Johan dalam pertandingan Jejak Maklumat Sejarah dan mendapat Saguhati bagi pertandingan Membina Model Sejarah. Warga SKKP mengucapkan tahniah kepada murid yang telah berjaya dan ribuan terima kasih kepada guru dan murid yang terlibat dalam program tersebut.


9 Ogo 2016

Lawatan Bas LegoEduPlay Express Ke SKKP

Pada 08 Ogos 2016, Bas LegoEduPlay telah membuat lawatan ke SKKP. Semua murid SKKP berpeluang untuk melihat beberapa objek atau permainan yang telah dibina dari LEGO.

6 Ogo 2016

Program Kem Coding @School Fasa 1 Peringkat Negeri Johor

Pada 06 & 07 Ogos 2016 telah berlangsungnya Program Kem Coding @School Fasa 1 di SKKP. Seramai 30 orang murid telah terpilih untuk menjalani program tersebut yang diadakan di Makmal Komputer SKKP. Program ini adalah atas inisiatif NBQS ( Program Lautan Biru Kebangsaan ), MOF ( Khazanah Treasury ), NSU ( National Strategy Unit dengan kerjasama StartupMalaysia dan disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Murid telah didedahkan dengan HTML basic coding untuk pembinaan laman sesawang dan juga JAVA. SKKP adalah salah satu sekolah yang terpilih dari dua sekolah di Johor Bahru untuk menyertai program ini. Semoga program ini memberi peluang kepada murid untuk melangkah lebih jauh dalam pembangunan ICT.




Jemputan Majlis Jamuan Hari Raya dan Sumbangan Zakat Anjuran Bank Islam Malaysia Berhad

Pada 01 Ogos 2016, murid SKKP telah menerima jemputan untuk Majlis Jamuan Hari Raya dan Sumbangan Zakat anjuran Bank Islam Malaysia Berhad. Beberapa orang murid yang yang kurang berkemampuan telah terpilih untuk menyertai program tersebut yang diadakan di Thistle Hotel. Warga SKKP mengucapkan ribuan terima kasih kepada BIMB atas jemputan tersebut.


2 Ogo 2016

Program Math De Success Revolution Academy

Program Math De Success Revolution Academy telah diadakan pada 01 Ogos 2016 di dewan SKKP. Program tersebut telah disampaikan oleh En. Abdul Subhan Mahfooz sebagai penceramah motivasi. Semua murid tahun 5 SKKP telah terlibat dalam program tersebut. Program tersebut telah mendedahkan teknik-teknik yang terdapat dalam menyelesaikan masalah Matematik. Diharapkan semua murid yang terlibat dapat menimba ilmu dalam program tersebut sebagai persediaan menghadapi UPSR pada tahun 2017.

Program Penyayang dan Sambutan Hari Lahir Bagi Guru, Murid dan Pekerja SKKP

Program Penyayang dan Sambutan Hari Lahir juga telah diadakan pada 31 Julai 2016. Semua guru, murid dan pekerja yang lahir pada bulan 4, 5, 6, dan 7 telah mendapat hadiah Hari Lahir. Program seperti ini boleh mengeratkan lagi silaturrahim antara guru dan murid serta meningkatkan kasih sayang dalam keluarga SKKP. Bagi guru, murid dan pekerja yang menerima hadiah hari lahir, pihak SKKP mendoakan semoga panjang umur, murah rezeki dan diberkati Allah S.W.T. Insya Allah.

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Anjuran Pentadbir, Staff Dan Pekerja SKKP

Pada 31 Julai 2016 juga telah berlangsungya satu lagi majlis jamuan raya tetapi kali ini telah ditaja oleh barisan Pentadbir SKKP, staff dan pekerja SKKP. Majlis jamuan tersebut telah diadakan di pejabat pentadbiran SKKP. Semua guru telah dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut dan pelbagai juadah makanan telah disediakan. Warga SKKP mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan Pentadbir SKKP, staff dan pekerja.

Latihan Catur Pusat MSSJ Team JB di SKKP

Pada 26 Julai 2016, telah berlangsungnya satu latihan pusat untuk catur peringkat MSSJ bagi Team Johor Bahru. Latihan tersebut telah diketuai oleh En. Mohd Iskandar Al-Mahdi yang juga sebagai Pengerusi Teknik Catur daerah JB. Beberapa orang murid yang telah terpilih untuk mewakili JB telah menghadiri untuk menjalani latihan pusat tersebut. Pertandingan Catur peringkat MSSJ telah berlangsung pada 28 - 30 Julai 2016 di SJKC New Kota, Kota Tinggi. Berkat usaha yang berterusan antara murid dan guru, Team Catur JB telah mendapat johan keseluruhan dalam pertandingan catur peringkat MSSJ. En. Mohd Iskandar juga telah menjuarai bagi pertandingan catur untuk para pegawai. Warga SKKP mengucapkan tahniah diaatas kejayaan tersebut.

Jemputan Majlis Rumah Terbuka Pertubuhan Kebajikan As Shafar

SKKP telah menerima jemputan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri jemputan  Pertubuhan Kebajikan As Shafar pada 30 Julai 2016. Beberapa orang guru dan juga pihak PIBG telah mengunjungi Pertubuhan Kebajikan As Shafar sebagai memenuhi jemputan majlis rumah terbuka tersebut. Pelbagai juadah makanan telah disediakan pada hari tersebut. Warga SKKP mendoakan semoga anak-anak As Shafar akan menjadi soleh dan solehah serta diberkati Allah S.W.T. Pihak SKKP mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pertubuhan Kebajikan As Shafar atas jemputan tersebut.

Mesyuarat PIBG

Satu mesyuarat antara AJK PIBG bersama pentadbir dan guru SKKP telah dijalankan pada 30 Julai 2016. Mesyuarat tersebut telah membincangkan beberapa program yang akan dijalankan kerjasama Skkp dan PIBG antaranya ialah, 'The Barber', 'Yamaha Music', 'Jogathon Amal', 'Gotong Royong Cat Tembok Berlin' dan 'Makeover Classroom Ytl'. Dengan kerjasama antara guru dan pihak PIBG, diharapkan program-program yang dirancang akan berjalan dengan lebih lancar dan sempurna. Pihak SKKP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.